Selamat Datang.

Sebarang Komen dan cadangan dialu-alukan.

Monday, December 13, 2010

Amalan Harian Seorang Muslim (Islam)

Mendirikan solat Fardu 5 kali sehari
Membaca dan mengkaji Al-Quran
Mendirikan solat-solat Sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, sebelum dan selepas solat fardu, Dhuha dan Witir
Mengingati Allah seperti membaca zikir al-mathurat, istigfar, tahmid dan tahlil
Mengingati mati
Mencari rezeki yang halal
Mendidik anak-anak
Menguruskan rumah-tangga
Menuntut ilmu
Melaksanakan akhlak mulia
Menjauhi sifat-sifat yang dikeji
Melaksanakan da'wah
Mengikuti sunnah Nabi dalam melakukan suatu perkara
Membaca doa dalam setiap perbuatan yang harus

Thursday, December 9, 2010



Gambar Kenangan

Memori Indah Guru dan Pelajar Sek.Agama Mukim Jabi


Sambutan Hari Raya Aidilfitri.






Duduk dari kanan,Rohana,Mutiah,Ustaz Abdul Majid dan Rohaizan
Berdiri dari kanan,Musalmah,Rafidah,Norzalina dan Rozilawati 



Duduk Guru Besar Tn Hj.Abdul Majid bin Md.Yusof
Berdiri dari kanan Rohana,Mutiah,Rohaizan,Rafidah,Norzalina,Siti Hajar dan Rozilawati.

Saturday, December 4, 2010

Pendidikan

Didikan Agama 
A
spek pendidikan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti yang ingin melahirkan generasi berilmu dan mampu mentadbir negara ini dengan sempurna satu masa nanti. Kebanyakan anak penduduk di dalam Mukim Jabi bersekolah di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan Bandar Segamat. Antara sekolah yang didirikan di dalam Mukim Jabi ialah Sekolah Agama Pekan Jabi. Ia menjadi pusat kepada anak-anak muda mendapatkan didikan agama yang sempurna. Secara tidak langsung Mukim Jabi dapat melahirkan golongan muda yang berilmu, beriman dan bertakwa.

Sekolah Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela juga turut menjadi tumpuan para pelajar di mukim ini. Tahap pencapaian akademik bagi anak-anak muda di Mukim Jabi amat membanggakan. Prestasi yang ditunjukkan membolehkan anak-anak muda melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Tidak kurang juga ada anak-anak penduduk kampung yang memasuki sekolah berasrama penuh di seluruh tanah air.

Friday, December 3, 2010

Aktiviti Sekolah

9 hb Disember 2010-Sekolah ini akan menjadi tuan rumah untuk Kem Kecemerlangan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama)
Masa- 8 pagi hingga 6 petang.
Semua guru SAMJ dijemput hadir...

SAMJSJ


SAMJSJ adalah singkatan kepada Sekolah Agama Mukim Jabi Segamat Johor.Sekolah ini terdiri daripada 10 orang guru ianya terdiri daripada seorang guru lelaki dan sembilan orang guru perempuan.Guru besar kami iaitu Tuan Haji Abdul Majid bin Md.Yusof.Guru-guru lain Ustazah Rafidah binti Hj Ibrahim,Ustazah Norzalina Binti Ahmad,Ustazah Musalmah binti Mohd Said,Ustazah Rohana binti Yahya,Ustazah Mutiah binti Mohd Said,Ustazah Siti Hajar binti Rusly,Ustazah Rohaizan binti Rahmat,Ustazah Rozilawati binti Mohamad dan Ustazah Nur Suraya binti Adam.
Sekolah ini menempatkan murid seramai 300 orang.Hanya sesi petang sahaja yang dibuka.

Adakah perlu blog ini diwujudkan?