Selamat Datang.

Sebarang Komen dan cadangan dialu-alukan.

Saturday, December 4, 2010

Pendidikan

Didikan Agama 
A
spek pendidikan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti yang ingin melahirkan generasi berilmu dan mampu mentadbir negara ini dengan sempurna satu masa nanti. Kebanyakan anak penduduk di dalam Mukim Jabi bersekolah di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan Bandar Segamat. Antara sekolah yang didirikan di dalam Mukim Jabi ialah Sekolah Agama Pekan Jabi. Ia menjadi pusat kepada anak-anak muda mendapatkan didikan agama yang sempurna. Secara tidak langsung Mukim Jabi dapat melahirkan golongan muda yang berilmu, beriman dan bertakwa.

Sekolah Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela juga turut menjadi tumpuan para pelajar di mukim ini. Tahap pencapaian akademik bagi anak-anak muda di Mukim Jabi amat membanggakan. Prestasi yang ditunjukkan membolehkan anak-anak muda melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Tidak kurang juga ada anak-anak penduduk kampung yang memasuki sekolah berasrama penuh di seluruh tanah air.

No comments:

Post a Comment

Adakah perlu blog ini diwujudkan?